fbpx

K2

Puasa orang perlu makan ubat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESAKIT perlu berbincang dengan doktor untuk mengubah jadual makan ubat ketika puasa. – Gambar hiasan

Seorang kawan tidak pernah berpuasa hampir 13 tahun kerana telah menjalani permindahan buah pinggang tetapi membayar fidyah setiap tahun. Dia tidak berpuasa kerana takut buah pinggangnya rosak dan perlu makan ubat tiga kali sehari. Benarkah caranya?

JAWAPAN: Syarak mengharuskan pesakit-pesakit meninggalkan puasa sekiranya tidak mampu melakukannya. Ia wajib menggantikannya (qada) berdasarkan firman Allah SWT, “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.

Maka sesiapa dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih daripada yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 184)

Sekiranya seseorang pesakit menderita kesakitan, dia perlu mendapatkan nasihat doktor pakar beragama Islam untuk menentukan sama ada dia boleh berpuasa atau sebaliknya.
Bagi yang perlu makan ubat secara berterusan, pesakit tersebut hendaklah berbincang dengan doktor untuk diubah jadual makan ubat terutamanya bagi pesakit yang perlu makan ubat tiga kali sehari.

Dalam menentukan hukum boleh puasa ataupun tidak. Seseorang pesakit itu hendaklah mengetahui tahap sakit yang dihadapinya. Berkaitan hal ini, Dr. Wahbah al-Zuhaily memberikan pengertian ’sakit’ yang membolehkan berbuka adalah sakit yang mendatangkan kesukaran.

Berkemungkinan sekiranya pesakit itu meneruskan puasanya, maka akan mengakibatkan suatu yang buruk terjadi dan dibimbangi akan bertambah sakit atau lambat sembuh.

Oleh itu, nasihat doktor amat penting dalam menentukan tahap kemampuan seseorang pesakit itu boleh berpuasa atau tidak. Bagi menentukan hukum berkaitan menggantikan puasa atau membayar fidyah pula, jika seseorang pesakit itu disahkan tiada harapan untuk sembuh, maka dia wajib membayar fidyah.

Jika sakitnya itu tidak memudaratkan dan ada kemampuan untuk berpuasa pada hari yang lain, maka dia perlu menggantikan puasa yang ditinggalkan dan membayar fidyah jika tidak menggantikannya sebelum datang Ramadan pada tahun akan datang.

Sebagai penjelasan, golongan yang diwajibkan qada puasa beserta dengan bayaran fidyah adalah seperti berikut:
i. Orang yang melengah-lengahkan qada puasa Ramadan sehingga masuk Ramadan tahun berikutnya.
ii. Perempuan hamil yang berbuka puasa kerana dibimbangi memudaratkan bayi dalam kandungan.
iii. Ibu yang menyusukan anak berbuka puasa kerana dibimbangi kekurangan susu untuk anaknya. Begitulah juga hukumnya bagi ibu yang mengambil upah menyusukan bayi.

Manakala golongan yang diharuskan untuk membayar fidyah puasa sahaja adalah seseorang yang meninggalkan puasa Ramadan dengan sebab-sebab seperti berikut:
i. Sakit yang tiada harapan sembuh dan telah disahkan oleh pegawai perubatan, tidak wajib qada tetapi wajib membayar fidyah sahaja.
ii. Orang tua yang tidak berkemampuan lagi berpuasa wajib membayar fidyah sahaja.
Kesimpulannya, pesakit hendaklah terlebih dahulu mendapat nasihat dan pengesahan doktor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI