fbpx

Penjawat awam Kedah dapat duit raya RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Alor Setar, Kedah hari ini.

ALOR SETAR – Seramai 5,100 penjawat awam negeri ini akan menerima Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 seorang dan bayaran bakal dikreditkan pada 18 April ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang mengumumkan berita gembira itu berkata, keputusan tersebut dibuat pada Mesyuarat Mingguan Exco, hari ini.

“Kita meluluskan Bantuan Khas Aidilfitri kepada kakitangan perkhidmatan awam negeri sebanyak RM1,000 seorang yang melibatkan peruntukan RM5.1 juta.

“Selamat berhari raya kepada semua dengan sedikit ingatan daripada kerajaan negeri kepada penjawat awam negeri,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Aman di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI