KAHERAH – Seorang perenang di Mesir memecah Guinness Worlds Records dengan berenang lebih 11.3 kilometer (km) dalam keadaan kedua-dua tangannya bergari, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.
Shehab Allam, 31, mencatat rekod baharu kategori berenang jarak jauh sambil bergari apabila dia menamatkan cabaran itu pada jarak 11.65 km di perairan terbuka Teluk Arab dalam masa kira-kira enam jam.
“Semasa latihan, saya pernah dipandang dengan perasaan ingin tahu oleh orang ramai apabila tangan digari.
“Untuk mengelak daripada menarik perhatian, saya lebih suka berenang di kawasan lebih tenang, biasanya berhampiran garisan had pantai walaupun masih diperhatikan,” kata Allam.
Menurut Allam, mungkin suatu hari dia boleh memecahkan rekodnya sendiri kerana masih berlatih untuk menyempurnakan jurus yang dipanggil ‘tarikan dua lengan dan pukulan sisi yang diubah-suai’.
“Perasaan muncul sebagai pemecah rekod mewujudkan rasa adiwira dalam diri saya dan ia mendorong saya untuk mengekalkan kedudukan dalam rekod dunia selama mungkin,” katanya. – Agensi