PETALING JAYA – Pensohor media sosial yang juga anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona sanggup pulang dari United Kingdom (UK) semata-mata untuk ke bazar Ramadan.
Menerusi satu perkongsian di media sosial TikTok ayahnya, Azhar Sulaiman, memaklumkan anaknya itu sudah tiba di Malaysia dan mahu ke bazar Ramadan.
“Mek Leona ‘is back at home’ (sudah kembali di rumah). Bengong betul tak boleh lekat kat UK. Susah sangat lekat kat UK, nak puasa dengan kami katanya tak tahan,” katanya di laman TikTok.
Menurut Azhar lagi, anaknya itu teringin ke bazar Ramadan di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) dengan menaiki motosikal.
“Takpa kita naik motosikal bertiga dan kasih duduk tengah,” ujarnya.
Susulan perkongsian itu, pelbagai reaksi dan komen telah ditinggalkan pengguna di laman TikTok Azhar itu.
“Dia ulang alik macam Kuala Lumpur dan Johor sahaja,” tulis Cikka.
“Dia rindu suasana bazar Ramadan tu sebenarnya dan berbuka ramai-ramai, pergi mana-mana takkan sama dengan tempat sendiri, rezeki keluarga dia mampu,” kata Aishah@echot.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @HanakoSan ☆ Racun.
“Orang lain tiga tahun sekali baru balik, dia sebulan tiga kali balik,” ujarnya.
Terdahulu, Leona bersama kembar lelakinya, Andika Rees Pahamin telah berhijrah ke UK pada September tahun lalu bagi melanjutkan pelajaran selama tiga tahun. – KOSMO! ONLINE.