fbpx

Abdulrorsa dipuji polis pulangkan wang RM9,697 bukan miliknya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki, Abdulrorsa Alqasim menyerahkan wang 75,000 baht yang tidak diambil pemiliknya di ATM, Bangkok pada Ahad lalu. - Foto Digital Tourist

BANGKOK – Seorang lelaki Thailand dipuji kerana kejujurannya selepas dia memulangkan wang 75,500 baht (RM9,697) yang ditemui di mesin teller automatik (ATM) sebuah stesen minyak di Bangkok kepada pemilik asalnya, lapor portal berita Thaiger semalam.

Balai Polis Lampakchee mengumumkan di laman Facebook rasminya bahawa Abdulrorsa Alqasim yang merupakan pemuda Thailand berusia 22 tahun itu adalah warganegara contoh dan inspirasi kepada komuniti Lampakchee.

Pada Ahad lalu, kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan), Abdulrorsa memberitahu polis bahawa dia telah pergi ke stesen minyak di Jalan Chueam Samphan, daerah Nong Chok, Bangkok untuk mengeluarkan wang daripada ATM Siam Commersial Bank.

Apabila hendak memulakan urus niaganya, dia perasan ada wang tertinggal di dalam dispenser wang tunai.

Dia kemudian mengeluarkannya wang tersebut dan dan membawanya ke Balai Polis Lampakchee untuk mencari pemiliknya selepas berurusan dengan ATM tersebut. 

Pegawai polis yang menyiasat kes itu dan mendapati pemilik wang tersebut adalah seorang lelaki Thailand, Kriangsak Kliangtrakoon. 

Pegawai itu kemudian menghubungi Kriangsak yang segera bergegas ke balai polis untuk mendapatkan wang tersebut.

Kriangsak mendedahkan bahawa dia pergi ke stesen minyak itu untuk mendepositkan wangnya dan menyangka transaksinya berjaya serta terus meninggalkan ATM tanpa mengambil wangnya.

Dia melahirkan rasa terima kasih kepada Abdulrorsa atas kejujurannya dan kepada Balai Polis Lampakchee atas bantuannya dalam perkara itu.

Pegawai polis dari Balai Polis Lampakchee, Superintendan Nirutchapon Yothamart menyatakan Abdulrorsa wajar diberi penghormatan atas tindakannya itu dan dia diberikan sijil bagi memuji perbuatannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI