fbpx

Bina, baik pulih wisma Jakel selepas terima laporan bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Faroz (tengah) pada sidang akhbar di Seksyen 7, Shah Alam hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

SHAH ALAM – Keputusan sama ada membina baharu atau baik pulih bangunan Wisma Jakel di Seksyen 7 yang terbakar awal tahun ini akan ditentukan selepas mendapat laporan penuh daripada pihak bomba.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, berkata, bangunan lama wisma tersebut masih dalam ujian kekuatan struktur bangunan setakat ini dan dijangka beroperasi kembali sepenuhnya pada tahun 2025.

“Kita akan dapat laporan ini (bomba) dalam bulan Mei ini sebelum putuskan baik pulih atau bina baharu dan kerja-kerja berkaitannya akan dibuat secepat mungkin dan dijangka siap dalam tempoh setahun setengah.

“Apa yang penting, Wisma Jakel ini struktur bangunannya mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan JBPM,” katanya pada majlis pelancaran gedung tekstil baharu Jakel di Seksyen 7, di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kebakaran bangunan tiga tingkat di Wisma Jakel, Seksyen 7 pada 1 Januari lalu mengakibatkan syarikat tekstil itu mengalami kerugian ratusan juta ringgit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI