fbpx

Haram lakukan urusan jual beli kepada individu tidak berpuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Azhar Idrus

PETALING JAYA – Haram hukumnya bagi seseorang peniaga untuk menjual makanan atau minuman kepada pembeli yang ingin ponteng puasa sedangkan ia dikategorikan wajib berpuasa pada hari tersebut.

Menjelaskan perkara tersebut, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, tidak kira sama ada urusan jual beli itu pada waktu pagi, tengah hari ataupun petang dan hampir berbuka.

Ini kerana katanya, niat individu tersebut adalah untuk makan atau minum sebelum waktu berbuka yang telah ditetapkan iaitu selepas maghrib.

“Yang kita boleh jual adalah kita yakin dia akan makan selepas waktu berbuka atau selepas waktu maghrib.

“Mana-mana kedai yang tahu orang itu memang tidak puasa dan datang membeli waktu siang hari, maka semua rezeki itu adalah haram,” katanya dalam satu video ceramah di laman Facebooknya.

Azhar memberitahu, urus niaga jual beli itu hanya sah dan dibenarkan kepada mereka yang tidak wajib puasa antaranya seperti musafir, wanita datang haid dan kanak-kanak.

“Jika kita ragu-ragu kepada si pembeli itu, baik jangan jual,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI