fbpx

Farid dakwa Diana ‘block’ Whatsapp, tak boleh hubungi anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SATU-SATUNYA cara untuk Farid menemui Diana sekarang adalah dengan hadir ke mahkamah.

SHAH ALAM – Pelakon Farid Kamil mendakwa usaha untuk menghubungi isteri, Diana Danielle dan anak-anak sejak kebelakangan ini menemui jalan buntu apabila nombornya disekat daripada berbuat demikian.

Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari berkata, satu-satunya untuk bertemu dengan Diana sekarang adalah ketika hadir ke mahkamah.

“Saya telefon Diana, saya telefon anak-anak, semuanya di’block’ (disekat). Panggilan telefon tidak diangkat dan mesej WhatsApp tidak berbalas.

“Masa bertemu dengannya (Diana) hanyalah ketika di mahkamah sahaja sekarang,” katanya kepada Kosmo! Online di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi sebutan kali pertama kes hadanah, sebentar tadi.

Pelakon filem Anwar, The Untold Story itu berkata, dia hanya dapat menghabiskan masa selama enam jam berjumpa anak sulungnya, Muhammad tempoh hari.

“Alhamdulillah, Muhammad ceria. Saya jumpa dia enam jam. Itu adalah proses apa yang ditetapkan oleh peguam sebelah sana.

“Untuk perjumpaan tersebut, hanya berlangsung dari pukul 10 pagi sampai 6 petang,” katanya lagi.

Terdahulu, Diana memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada pada 10 Mac lalu.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid, 42, Kamil Zahari enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Beberapa hari sebelum melantik JKP, pada 24 Mac, Diana memperoleh hadanah interim (hak penjagaan sementara) dua anaknya oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI