fbpx

Rugi tidak main Mortal Kombat 11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERMAINAN Mortal Kombat 11 mendapat pujian rata-rata pemainnya dan terbukti selepas menenangi Anugerah Permainan Pertarungan Terbaik 2020.

Oleh MOHAMMAD RADZI ZOHRI

SIRI permainan video Mortal Kombat amat dikenali dalam kalangan pemain-pemain e-Sukan genre pertarungan sejak ia mula diterbitkan pada 1992.

Mortal Kombat hadir dengan identiti tersendiri dan tidak cuba menyaingi permainan vi­deo pertarungan lain seperti Street Fighter atau King of Figh­ters.

Terkini, Mortal Kombat kembali dengan Mortal Kombat 11 iaitu sambungan daripada siri permainan Mortal Kombat X hingga mendapat penilaian yang tinggi dan diangkat antara karya terbaik pernah dikeluarkan oleh pembangun video itu, NetherRealm Studios.

Permainan yang diterbitkan oleh WB Interactive Entertainment itu boleh dimainkan menggunakan Playstation 4, Playstation 5, Xbox One, Xbox Series, Windows, Stadia dan Switch.

Mekanisma permainan

Mortal Kombat 11 menggunakan sistem kawalan yang sangat mudah dalam pertempuran dua watak menerusi 2.5 D yang pada asasnya terdapat dua butang tumbuk, dua butang tendang dan satu butang untuk bertahan.

Daripada set kawalan ini, pemain boleh mengembangkannya kepada kombinasi-kombinasi tertentu untuk dicabangkan menjadi rantaian serangan biasa dan istimewa serta serangan-serangan trademark francais Mortal Kombat.

Permainan ini turut menawarkan sesi tutorial di awal permainan di mana ia akan memperincikan konsep dan cuba mengetengahkan fungsi yang lebih rumit serta maju sistem kawalannya.

PEMAIN boleh memilih karakter The Terminator yang menggunakan animasi wajah Arnold Schwarzenegger (kanan) dalam permainan Mortal Kombat 11.

Keunikan Mortal Kombat

Mortal Kombat mempunyai beberapa gerakan penghabisan tersendiri seperti Stage Fata­lity, Brutality, Quitalities dan Friendship yang turut membuat penampilan sekali lagi daripada siri Mortal Kombat X.

Terdapat juga serangan se­perti Krushing Blows dan Fatal Blows yang merupakan gerakan lebih kuat.

Namun, ia hanya boleh dilakukan jika syarat-syarat tertentu dipenuhi seperti nyawa pihak lawan berada di bawah paras 30 peratus.

Serangan ini bagaimanapun cuma boleh dilakukan sekali dalam setiap pertempuran selain dibawakan dengan animasi istimewa ketika gerakan ini dilakukan oleh pemainnya.

Bina watak sendiri

Pemain juga boleh mencipta juara tempur pilihan mereka dengan memilih daripada watak-watak asas yang telah siap dibina dari segi penampilan, senjata dan gerakan tersendiri.

Gerakan watak-watak ini tidak terikat dengan penampilan mereka, sebaliknya menjadikan ia lebih unik kerana pihak lawan tidak dapat membaca jenis pertempuran digunakan ketika dalam perlawanan secara online.

VISUAL pertarungan Mortal Kombat 11 membabitkan dua karakter iaitu Sub-Zero (kiri) dan Frost (kanan) yang boleh dimainkan dalam semua mod permainan.

Roster pejuang

Watak Scorpion adalah satu kewajiban dalam semua siri Mortal Kombat selain Liu Kang, Raiden, Sub-Zero, Sonya Blade dan Johnny Cage.

Terdapat 23 watak dengan dua daripadanya perlu dibuka terlebih dahulu sebelum ia boleh digunakan.

Tiga karakter ditambah se­perti Robocop selain tambahan beberapa watak dalam Kombat Pack 2 seperti Rambo daripada filem lakonan Sylvester Stallone.

Mod penceritaan memiliki jalan cerita menarik sebelum ia dikembangkan lagi dalam Mortal Kombat Aftermath yang pastinya tidak mengecewakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI