fbpx

60 pelajar MRSM Gerik keracunan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIVANESAN ketika ditemui pada sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini. - Foto LIYANA RAMLI

IPOH – Seramai 60 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Gerik mengalami keracunan makanan dipercayai selepas makan ayam masak merah pada Ahad lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri A. Sivanesan, berkata, pelajar-pelajar berkenaan melibatkan pelajar Tingkatan Satu hingga Lima mengalami gejala sakit perut, cirit-birit , sakit kepala dan muntah bermula pukul 8 malam.

“Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Perak telah membuat verifikasi dan kesemua pelajar yang bergejala dirawat oleh pasukan perubatan bergerak sebagai pesakit luar,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Menurutnya, berdasarkan siasatan makanan yang disyaki adalah menu ayam masak merah yang di makan pada waktu berbuka puasa pada 2 April lalu.

“Temubual bersama pelajar mendapati bahawa ayam mentah tersebut telah rosak sebelum dimasak sehingga mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan sebanyak 10 sampel klinikal telah diambil untuk dianalisa dan dapur asrama juga telah diarahkan tutup selama tiga hari di bawah Akta Makanan 1983 bagi tujuan pembersihan,” katanya.

Katanya, kejadian keracunan makanan ini bukan pertama kali berlaku di MRSM dan meminta Jabatan Pendidikan Negeri mengambil tindakan segera terhadap pihak yang bertanggungjawab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI