fbpx

Melaka wujudkan semula jawatan timbalan Exco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. RAUF dalam sidang akhbar selepas Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia Exco di Seri Negeri, Melaka. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO

MELAKA – Kerajaan negeri membuat keputusan mewujudkan semula jawatan timbalan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) selepas dimansuhkan pada 2018 ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, jawatan tersebut bakal diisi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan termasuk daripada PH.

Katanya, pengumuman berkenaan jawatan itu akan dibuat esok selepas selesai mesyuarat pertama Exco.

“Saya akan umumkan pelantikan timbalan Exco esok selepas selesai mesyuarat Exco. Komposisinya cantik dan menarik serta meletakkan semua ADUN untuk berperanan bersama-sama saya di bawah satu pentadbiran yang mantap.

“Kesemua Exco akan ada timbalan. Butiran lantikan itu saya akan umumkan esok,” katanya dalam sidang akhbar selepas Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia Exco di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Terdahulu, seramai 10 Exco Melaka yang baharu selesai mengangkat sumpah di Seri Negeri, sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI