fbpx

Sibuk, malas antara alasan tak hadir mesyuarat PIBG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENGHADIRI mesyuarat agung tahunan PIBG penting kerana ia melibatkan keputusan penting termasuk yuran. GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Tiada masa dan sibuk bekerja menjadi antara alasan yang diberikan oleh ibu bapa di sebalik kegagalan mereka untuk menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) setiap tahun.

Rata-rata daripada ibu bapa turut mengakui tarikh yang ditetapkan oleh pihak PIBG dan sekolah kadang kala tidak bersesuaian dengan masa mereka terutama yang bekerja pada waktu tidak menentu.

Seorang ibu, Nurshafura Abd Rahim, 38, berkata, isu yang se­ring dihadapinya adalah surat memanggil mesyuarat biasanya lambat diterima sehingga me­nyukarkannya untuk hadir.

“Memang mesyuarat diadakan setahun sekali, tetapi selalunya dapat surat pun dalam masa seminggu sebelum mesyuarat dijalankan. Bagi kami yang sudah berkeluarga, ia agak susah.

“Kalau dimaklumkan lebih awal, berkemungkinan ibu bapa dapat hadir dan bermesyuarat bersama persatuan,” katanya kepada Kosmo! di sini baru- baru ini.

Ahmad Kamil Abdullah, 35, pula berkata, tiada kerjasama yang baik antara ibu bapa serta pihak sekolah menjadi penyebab mesyuarat PIBG tidak mendapat sambutan.

“Ada yang aktif, ada yang kurang aktif dan bantah keputusan pentadbiran sekolah itu perkara yang sering berlaku dalam mesyuarat PIBG.

“Selalunya pihak sekolah yang membuat keputusan dan ini menyebabkan ibu bapa mula meluat. Apa yang mereka mahukan seperti dalam mesyuarat sering kali gagal dipenuhi oleh pihak sekolah,” katanya.

Kosmo! pada 4 April lalu melaporkan, Menteri Pendidikan, Fadhlia Sidek menggesa ibu bapa agar menghadiri mesyuarat PIBG)bagi menyelesaikan pelbagai perkara berbangkit termasuk melibatkan bayaran yuran PIBG.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI