fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 5 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di lima negeri dijangka mengalami hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata antara negeri yang terlibat adalah Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka an Johor.

“Di Kedah ia melibatkan kawasan Yan, Pendang dan Kuala Muda, manakala di Pahang, ia membabitkan daerah Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin.

“Untuk Negeri Sembilan pula, ia melibatkan daerah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin dan keseluruhan negeri Melaka,” ujarnya.

Tambah MetMalaysia, bagi negeri Johor, ia membabitkan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Mersing, Pontian dan Johor Bahru.

Jelas MetMalaysia keadaan itu berlarutan sehingga pukul 10 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI