fbpx

Ten Hag tuntut pemain ‘lebih dahaga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG menuntut barisan pemainnya agar lebih dahagakan kemenangan menjelang aksi menentang Brentford di Old Trafford awal pagi esok. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag menggesa barisan pemainnya supaya menampilkan aksi berbeza menjelang pertemuan dengan Brentford pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford awal pagi esok.

United masih lagi dibelenggu kekecewaan selepas tewas 0-2 kepada Newcastle United Ahad lalu, sekali gus menyaksikan mereka berdepan cabaran untuk mengekalkan kedudukan dalam kelompok empat teratas liga.

Justeru, beliau berharap skuad The Red Devils boleh menjadikan Brentford sebagai mang­sa kebangkitan bagi memastikan mereka terus mencerahkan peluang untuk ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

“Sekarang saya sudah pun fikir mengenai pertemuan dengan Brentford. Sudah tentu kami perlu turun ke perlawanan tersebut dengan pemikiran serta karakter yang berbeza berbanding aksi terdahulu.

“Pada pertemuan dengan Newcastle sebelum ini, memang kami turun dengan tujuan untuk menang tetapi pasukan lawan menunjukkan kemahuan lebih tinggi sepanjang perlawanan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mengkritik barisan serangan United yang dilihat agak longlai dalam beberapa perlawanan terdahulu, lebih-lebih lagi mereka gagal menang tiga aksi liga berturut-turut selepas menjuarai Piala Liga Inggeris (EFL) ­Februari lalu.

“Secara jujur, saya fikir barisan serangan belum cukup bagus. Kami gagal cipta lebih banyak peluang untuk jaringkan gol dan ia antara punca mengapa United berdepan aksi tidak menentu ketika ini,” ujar Ten Hag. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI