fbpx

Rasuah RM3,000, menyamar pegawai kastam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Dua lelaki termasuk seorang pembantu penguat kuasa ditahan berhubung rasuah RM3,000 selepas menyamar sebagai pegawai kastam, hari ini.

Rasuah itu diterima daripada pemilik kedai runcit agar tidak mengambil tindakan undang-undang kerana memiliki dan menjual rokok seludup.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia 30an ditahan kira-kira pukul 2 petang tadi selepas hadir memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kuala Selangor.

Katanya, kedua-dua suspek yang menyamar sebagai pegawai kastam itu melakukan perbuatan rasuah tersebut pada tahun 2020.

“Mereka dipercayai meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM3,000 daripada pemilik kedai runcit.

“Ini sebagai balasan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik kedai runcit tersebut di bawah Akta Kastam 1967,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi esok untuk proses reman,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI