fbpx

Lukisan minyak digital era baharu seni potret

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menerusi gabungan teknik lukisan tradisional dengan teknologi, kini potret lukisan minyak digital dapat dihasilkan.

LUKISAN potret boleh dikatakan antara hadiah paling bermakna terutama buat keluarga atau insan yang tersayang.

Bukan sekadar dapat mengabadikan imej, potret juga boleh dijadikan hiasan dalam rumah bagi menghidupkan memori bersama.

Namun, tidak semua mampu mengabadikan seseorang dalam lukisan yang hanya boleh direalisasikan menerusi khidmat pelukis profesional.

Bagaimanapun, dengan perkembangan teknologi, akses untuk setiap orang memiliki lukisan potret lebih terbuka menerusi lukisan minyak digital.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Creative Factory, Nareshbabu Naidu, seni moden tersebut memberi rakyat Malaysia peluang tersendiri untuk mengubah momen berharga menjadi kenangan abadi di atas kanvas yang akan bertahan lama.

“Menerusi gabungan teknik lukisan tradisional dengan teknologi canggih, kewujudan lukisan minyak digital dapat mencapai kualiti setanding lukisan cat dan memuaskan hati setiap peminat seni.

“Menggunakan stylus dan tablet sensitif tekanan, artis menggabungkan warna, tekstur dan menggunakan pelbagai teknik untuk mencipta kepingan padu yang berfungsi sebagai kenangan abadi buat pelanggan,” katanya yang lebih dikenali sebagai Naresh menerusi satu kenyataan baru-baru ini.

Tambahnya, selain meniru rupa dan sensasi lukisan minyak tradisional, produk akhirnya juga boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan pelanggan tertentu.

Creative Factory ditubuhkan pada tahun 2020 dengan menetapkan misi untuk menggabungkan teknik lukisan tradisional dan teknologi digital moden bagi menghasilkan karya seni yang memukau dan abadi.

Sejak penubuhannya, Creative Factory telah menjual 10,000 lukisan dan turut bekerjasama menghasilkan potret dengan beberapa selebriti terkenal seperti Amber Chia dan Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Creative Factory juga pernah mencapai beberapa kejayaan besar, termasuk dipaparkan dalam Malaysia Book of Records untuk kategori Masa Terpantas Menyiapkan 15 Potret Lukisan Minyak Digital di Kanvas.

Sebanyak 10,000 potret lukisan minyak digital telah berjaya dijual oleh Creative Factory biarpun operasinya baru bermula pada tahun 2020.

Kongsi Naresh lagi, dalam arena seni lukisan minyak digital yang masih hijau, pihaknya juga menawarkan perkhidmatan tersebut yang turut menjadi perintis dalam senario tempatan.

Seni lukisan minyak digital juga boleh membuat satu lukisan yang padanya ditambah imej orang tersayang yang tiada dalam potret asal.

“Sama ada ahli keluarga atau haiwan kesayangan yang tiada lagi, karya akhir itu pasti menarik hati.

“Pihak kami boleh melukis dengan merujuk kepada beberapa foto untuk mencipta potret yang memukau seperti hidup yang membangkitkan emosi dan kenangan untuk tahun-tahun akan datang,” ujarnya.

Tambahnya lagi, setiap lukisan menjalani proses kawalan kualiti yang ketat bagi memastikan setiap karya memenuhi piawaian tinggi jenama sebelum dihantar ke depan pintu pelanggan.
Pihak Creative Factory juga terus melabur dalam melatih dan meningkatkan kemahiran pasukan pelukis pakar mereka dengan hanya menggunakan bahan terbaik termasuk alatan premium, kanvas dan warna.

“Misi kami adalah untuk berkongsi perkhidmatan yang sebaiknya dan eksklusif kepada lebih ramai rakyat Malaysia pada kos yang berpatutan.

“Kami mahu menjadikan lukisan minyak digital boleh diakses oleh semua orang selain dapat merakam detik-detik dihargai pelanggan kami dengan cara yang unik dan istimewa,” terang Naresh.

Katanya, dengan matlamat untuk merevolusikan senario seni di Malaysia, Creative Factory komited untuk kekal di barisan hadapan teknologi baharu yang menarik.

Mereka juga akan terus berusaha untuk mencipta karya seni yang menakjubkan dan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk penggemar seni.

Jenama itu turut berhasrat untuk mengukuhkan dan mengembangkan jangkauan serta perkongsiannya supaya lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati lukisan minyak digital sebagai koleksi seni mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI