PETALING JAYA – Selepas tular beberapa keping foto yang menunjukkan dia sedang membeli ikan di sebuah warung tepi jalan, kini ‘Toretto’ kembali lagi apabila gerak-gerinya berjaya dirakam di sebuah bazar Ramadan.
Terbaharu, jejaka yang mendapat jolokkan “Toretto Batu Pahat’ dilihat sedang menyediakan bahan-bahan untuk berniaga menu nasi lemak di sebuah gerai di bazar berkenaan.
Walaupun tidak dinyatakan di mana lokasi berniaga, namun ternyata bazar tersebut adalah bazar tempatan apabila ‘bannernya’ menunjukkan mengenai iklan penjualan nasi lemak di raja Kedah.
Rata-rata orang ramai turut geli hati melihat gaya serta penampilan lelaki tersebut yang begitu mirip dengan watak Toretto lakonan Vin Diesel dalam filem aksi terkenal, Fast and Fariuos.
“Kalau dilihat, saiz lelaki ini juga lebih kurang sama dengan Vin Diesel. Ini kalau orang kata sedang ‘shooting’ pun orang percaya ni,” jelas Julia Rahman.
“Dah insaf dah Toretto, cari duit lebih nampaknya. Mungkin filem-filem dia berlakon berhenti sekejap masa puasa ni. Itu yang cari duit tepi dengan berniaga di bazar ni,” kata Hasri Hassan.
“Dia ni memang selalu nampak di Batu Pahat, kalau tak salah orang la. Dia berasal dari Pakistan dan ada berniaga ni Malaysia,” kata Mohd Nizar Badarudin. – KOSMO! ONLINE.