fbpx

Dilarang nyanyi lagu Dewa, Once terkilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DHANI sebelum ini melarang Once menyanyikan lagu-lagu Dewa kerana enggan menjejaskan kelancaran konsert jelajah Dewa.

GARA-GARA dilarang menyanyikan lagu-lagu kumpulan Dewa-19, bekas vokalisnya, Once mengakui terguris hati dengan tindakan pengasas band berkenaan, Ahmad Dhani.

Menurut Once, anaknya yang masih dibangku sekolah turut terkena tempias apabila ditanya rakan-rakannya mengenai isu berkenaan.

“Iya, terasa hati sudah pasti. Anak saya sampai tanya dan minta penjelasan. Katanya satu sekolah bertanyakan hal itu.

“Ayah yang buat masalah, anak yang kena jawab di sekolah,” ujar Once.

Once kecewa apabila dituduh Ahmad Dhani sebagai melanggar undang-undang.

Sebagai penghibur atau pelaku pertunjukan, Once bertegas tidak menyalahi Undang-Undang Nomor 28/2004 tentang Hak Cipta.

Tambah Once, seorang penghibur tidak perlu meminta izin kepada pencipta jika sudah membayar dua peratus daripada tiket jualan konsert kepada Lembaga Pengurusan Kolektif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI