fbpx

Simpan wang RM10.9 juta dalam Peti Simpanan Selamat elak isteri tahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafael mengaku menyembunyikan wang simpanannya dalam peti simpanan selamat. - Foto Kompas.com

JAKARTA  – Bekas kakitangan Direktorat Cukai Kementerian Kewangan, Rafael Alun Trisambodo mengaku menyimpan sejumlah wang ke dalam Peti Simpanan Selamat (SDB) kerana  mahu menyembunyikan harta daripada i isteri dan anaknya, lapor portal berita Kompas.com hari ini.

Sebelum ini, Rafael disyaki Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia menerima suapan berpuluh-puluh bilion rupiah. Dia didakwa menyimpan wang sebanyak 37 bilion rupiah (RM10.9 juta) tetapi  telah disita oleh KPK.

“Jadi, memang saya sembunyikan. Tujuannya, saya sembunyikan daripada  keluarga saya adalah jangan sampai isteri dan anak saya tahu,” ujar Rafael dalam wawancara bersama Kompas TV.

Menurut Rafael, anak dan isterinya kerap meminta membeli sesuatu atau berkunjung ke suatu tempat apabila mengetahui dia memiliki wang simpanan.

Rafael menafikan tindakannya menyimpan wang dalam bentuk mata wang asing dalam SDB sebagai usaha untuk mengelakkan ia diperoleh dari sumber mana kerana SDB itu menggunakan namanya sendiri.

Dia mengaku tidak mengetahui pihak-pihak yang memberikan wang rasuah kepadanya selama bekerja dengan Kementerian Kewangan.

“Saya tidak pernah menerima daripada  pihak-pihak lain yang bekerja sama dengan pejabat saya,” tuturnya.

Menurut Rafael, wang dalam SDB itu adalah daripada jualan  aset tanah yang dihibahkan oleh orang tuanya pada 2010 dan hasil penjualan tersebut, dia mendapat sejumlah 10 bilion rupiah (RM2.9 juta) yang kemudian ditukarkan ke mata wang asing.

Sebelum ini, KPK mengesahkan bahawa Rafael menjadi orang yang disyaki menerima rasuah berupa wang. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI