fbpx

Banjir: Sekolah terjejas di Johor sudah pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norliza Noh (tengah) mengacau bubur lambuk ketika menghadiri Majlis Penyerahan Bubur Lambuk anjuran RTM Johor, di sini hari ini.

JOHOR BAHRU – Proses persekolahan di negeri ini pulih sepenuhnya apabila kesemua sekolah yang sebelum ini terjejas banjir termasuk dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) kembali menerima murid secara fizikal.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor, Norliza Noh berkata, hanya beberapa sekolah terlibat menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama dua minggu, sebelum ini.

“Alhamdulillah, setakat hari ini semua sekolah yang dijadikan PPS dan terjejas akibat banjir pulih dan dapat menjalani persekolahan dengan sempurna.

“Sebelum ini ada beberapa sekolah di Batu Pahat dan Segamat yang terkesan sebab beberapa kerosakan berlaku, tetapi tidak ganggu proses persekolahan,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bubur Lambuk anjuran RTM Johor di sini hari ini.

Tambah Norliza, proses membaik pulih kerosakan akibat banjir di kesemua sekolah seluruh negeri ini dijangka disiapkan selepas perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Sebelum ini, kerajaan negeri mmeperuntukkan RM500,000 untuk membaik pulih kerosakan, kita akan mengutamakan kerosakan besar terlebih dahulu.

“Jumlah itu akan ditambah dari masa ke semasa untuk memastikan semua sekolah beroperasi dengan sempurna demi keselesaan murid dan guru-guru,” tegasnya.

Norliza memaklumkan terdapat sejumlah 52 buah sekolah di seluruh negeri ini terjejas, manakala 187 buah sekolah pula telah dijadikan PPS menempatkan mangsa banjir.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI