fbpx

Doktor kontrak di Kelantan tak sertai mogok, kerja seperti biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi perkhidmatan kesihatan di HRPZ II, Kota Bharu berjalan seperti biasa. -Foto MUSTAQIM MOHAMED/KOSMO!

KOTA BHARU – Perkhidmatan kesihatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini berjalan seperti biasa apabila doktor-doktor kontrak tetap melaksanakan tugas mereka meskipun terdapat desas-desus mereka akan melancarkan mogok hari ini.

Tinjauan Kosmo! di HRPZ II hari ini mendapati, perkhidmatan perubatan dan rawatan kepada para pesakit berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah atau kelewatan.

Seorang doktor kontrak yang hanya mahu dikenali sebagai Hani, 28, berkata, meskipun hadir bekerja, dia berharap kerajaan perku melakukan tindakan bagi menangani isu doktor kontrak melalui pendekatan yang lebih profesional.

Menurutnya, tindakan mengadakan mogok dengan tidak hadir ke tempat kerja dilihat bercanggah dengan profesion sebagai doktor kerana merawat pesakit merupakan keperluan utama yang perlu diberikan perhatian.

“Bagi saya, lebih baik kita ambil pendekatan membawa isu atau tuntutan untuk dibincangkan di peringkat atasan termasuk dengan menteri.

“Wakil yang terlibat perlu berbincangsecara profesional antara wakil doktor kontrak dengan pemimpin. Itu jalan terbaik kerana kita tidak mahu perkara ini menjejaskan kepentingan pesakit,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan HRPZ II di sini hari ini.

Doktor itu memberitahu, tindakan mengambil cuti kecemasan (EL) atau cuti sakit (MC) dianggap kurang matang sebagai tanda protes.

Katanya, doktor-doktor kontrak di HRPZ II boleh dikatakan beruntung kerana hampir semua yang telah lama berkhidmat sudah diserap sebagai kakitangan tetap.

“Hanya tinggal dokor-doktor baharu seperti saya sendiri yang mula berkhidmat pada 2021 lalu masih berstatus kontrak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI