fbpx

Ahli Dewan Negara berdiri satu kaki selama seminit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli Dewan Negara berdiri dengan satu kaki selama seminit sebagai tanda sokongan kepada golongan OKU.

KUALA LUMPUR – Persidangan hari ini menyaksikan semua Ahli Dewan Negara berdiri dengan sebelah kaki selama seminit sebagai tanda sokongan kepada golongan orang kurang upaya (OKU).

Suasana itu selepas Senator Isaiah Jacob mempelawa Ahli Dewan Negara berbuat demikian pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) yang menyentuh soal kebajikan dan pemerkasaan golongan OKU.

“Saya berdiri untuk sertai perbahasan ini selama 14 minit 15 saat satu kaki. Kami orang kuat upaya. Saya tutup dengan mohon semua Yang Berhormat berdiri selama satu minit, dengan satu kaki,” kata Isaiah.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, beliau berterima kasih kepada hujah-hujah Isaiah dan berharap ia didengari kementerian bertanggungjawab.

Terdahulu, Isaiah mencadangkan supaya satu Jawatankuasa Hal Ehwal OKU diwujudkan dan diletakkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menurut beliau, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang ketika ini bertanggungjawab menjaga kebajikan OKU mempunyai banyak kekangan.

Kata beliau, JKM juga perlu memberi perhatian pada golongan lain seperti ibu tunggal, pesakit, selain mangsa kes kebakaran dan bencana.

Beliau turut mencadangkan OKU didaftarkan terus dalam kad pengenalan, tanpa perlu mendaftar dengan JKM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI