fbpx

Akauntan buat tekan tubi 100 kali sehari sepanjang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asif Saleem (kiri) melakukan tekan tubi sebanyak 100 kali sehari bagi memperingati arwah bapanya (kanan) yang banyak melakukan kerja-kerja kebajikan semasa hidupnya. - Foto Asif Saleem

LONDON – Seorang pemuda berusia 36 tahun, Asif Saleem berusaha untuk melakukan  100 tekan tubi  setiap hari sepanjang bulan Ramadan tahun ini, lapor portal berita Metro.co.uk semalam. 

Akauntan bertauliah dari Newcastle itu berusaha untuk melakukan 100 tekan tubi setiap hari semasa bagi memperingati arwah bapanya yang gemar terlibat dengan kerja kebajikan semasa hidupnya.

Asif kehilangan bapanya, Mohammed Saleem, akibat pendarahan otak pada Oktober 2021 dan kini dia berharap dapat menyelesaikan cabaran tersebut untuk mengumpul dana bagi membina telaga di Kenya iaitu negara tempat bapanya dilahirkan.

Setakat ini, dia masih belum terlepas daripada sasaran hariannya itu.

“Lengan saya terasa seperti jeli pada minggu pertama tetapi saya kini agak biasa melakukannya. Cabaran ini sukar dan meletihkan kerana saya melakukan tekan tubi sebelum berbuka puasa.

Bagaimanapun, apabila saya ingat kembali mengapa saya melakukannya, ia memberikan saya motivasi untuk meneruskan usaha ini,” kata Asif kepada portal berita tersebut.

Asif menyediakan halaman GoFundMe  dan telah mengumpulkan hampir £800 (RM4,358) daripada sasaran £1,000 (RM5,447) setakat ini. Dia menerima banyak sokongan daripada keluarganya termasuk anak perempuannya yang berusia tiga tahun, Aliza.- Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI