fbpx

Tiada doktor kontrak mogok di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah HSNZ, Dr Norazman Alias (kanan) memantau perjalanan operasi perkhidmatan kesihatan bersama pengawal keselamatan di HSNZ, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Perkhidmatan kesihatan awam di semua enam hospital dan rangkaian klinik kesihatan di Terengganu berjalan lancar meskipun Mogok Doktor Malaysia selama tiga hari dilancarkan bermula hari ini.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, berdasarkan pemerhatian tiada doktor kontrak yang melakukan mogok itu dan mereka hadir bekerja seperti biasa semalam.

“Setakat ini, saya dimaklumkan oleh pengurusan hospital-hospital daerah, semuanya berjalan lancar tanpa ada sebarang kejadian tidak diingini. Harap ia akan berterusan untuk tempoh dua hari lagi,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Sementara itu, tinjauan juga mendapati operasi perkhidmatan kesihatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini berjalan lancar.

Menurut sumber, beberapa kakitangan keselamatan telah ditempatkan untuk memantau persekitaran hospital besar terbabit sekiranya berlaku mogok atau demonstrasi daripada doktor kontrak berkenaan.

“Alhamdulillah, perkhidmatan rawatan kesihatan pesakit lancar seperti biasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI