fbpx

Harga minyak masak tulen botol kekal hingga 7 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Harga minyak masak tulen kemasan botol kekal bagi tempoh 8 April hingga 7 Mei ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata, harga runcit maksimum ditetapkan adalah RM6. 90 bagi botol 1 kilogram (kg), RM13. 30 (2kg), RM19.60 (3kg) dan 30.90 (5kg).

Menurutnya, secara umum, terdapat kenaikan harga minyak sawit mentah untuk Mac berbanding bulan sebelumnya yang melepasi RM4,000 per tan metrik.

“Purata harga minyak sawit mentah untuk Mac adalah RM4,139 per tan metrik berbanding RM3,908 per tan metrik pada Februari 2023.

“Kenaikan ini sekali gus akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga runcit minyak masak tulen kemasan botol berdasarkan kepada konsep harga siling bergerak.

“Bagaimanapun, bagi mengelakkan bebanan rakyat, kerajaan dan industri bersetuju untuk mengekalkan harga runcit untuk tempoh 8 April hingga 7 Mei ini,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, pengekalan harga runcit minyak masak sawit kemasan botol ini melibatkan pembayaran subsidi kepada pengilang-pengilang penapis secara tuntutan bayaran balik berdasarkan bilangan tuntutan sebenar.

Dalam pada itu, KPDN berkata, mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksima boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI