fbpx

Khairul Aming ‘tak melenting’ ditegur masakan banyak minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Khairul Aming menjelaskan isu penggunaan minyak masak yang banyak dalam masakannya.

PETALING JAYA – Pembikin kandungan video makanan, Khairul Aming menjelaskan penggunaan bahan seperti minyak dan gula yang banyak dalam masakannya adalah mahu memenuhi cara sebenar penyediaan hidangan tersebut kepada orang ramai.

Bagaimanapun, dia turut bersikap terbuka terhadap teguran yang diterima berhubung resipi masakannya menggunakan banyak minyak sekali gus boleh menjejaskan kesihatan.

“Banyak ‘feedback’ diterima, ada kata teruskan masak dengan cara awak. Ada yang cakap makanan dan masakan bahaya boleh merudumkan kesihatan negara. Saya terima semuanya dengan hati terbuka, terima kasih atas semua maklum balas.

“Saya bersetuju bahawa kesihatan itu nombor satu, memang patut jaga kesihatan. Jadi hari ini saya nak kongsi daripada dua perspektif. Pertama, adalah seorang rakyat Malaysia yang obesiti berusaha untuk turunkan berat dan kedua, sebagai seorang pembikin video makanan,” katanya pada video tersebut.

Khairul Aming bercerita, empat bulan lalu beratnya adalah 113 kilogram (kg) dengan tinggi 184 sentimeter (cm), manakala Jisim Indeks Tubuh (BMI) juga kategori obesiti.

“Dan ini adalah saya hari ini (sambil menunjukkan gambar) 100 kg berat saya. Maknanya saya dah hilang 13 kg, tapi BMI saya masih terlebih berat cuma dah kurang. Peratus lemak badan juga turun daripada 44 peratus kepada 29 peratus,” katanya.

Pemuda tersebut turut berkongsi gambar makanan sahurnya yang mempunyai tinggi protein ayam selain makanan berbuka dengan menu nasi ayam.

“Dua tahun lepas saya buat ‘journey’ Aming nak sihat, memang menjadi sihat dan kurus, tapi lepas itu berat saya naik balik. Naik lagi tinggi daripada sebelum saya mula diet dahulu.

“Kenapa? Sebab saya bina hubungan benci dengan makanan tempatan di sekeliling saya. Masa nak diet, orang cakap jangan makan nasi putih, ambil beras perang, makan salmon, ayam rebus dan saya ikut semuanya, menjadi tapi saya sengsara sebab tertekan tak boleh makan makanan sekeliling kita.

“Sebab itu bila nampak mi goreng, nasi kukus dan nasi ayam, aku makan tanpa kawal kuantiti. Sekali berat naik semula. Jadi untuk kali ini, saya tukar cara iaitu masih makan secara sihat, tapi dalam masa sama ‘enjoy’ diri saya dengan makanan Malaysia yang sedap. Cuma kawal kuantiti,” jelasnya.

Daripada perspektif seorang pembikin video pula, Khairul Aming berkata, dia tidak mengurangkan minyak atau menggantikan bahan lain untuk masakannya kerana ia menjadikan hidangan itu tidak sedap sama seperti original.

“Kalau nak sambal sedap, kena masak dengan minyak banyak untuk pecah minyak. Kalau nak ayam goreng ‘juicy’, kena goreng secara ‘deep fried’ dalam minyak banyak. Itulah cara makanan disediakan, kalau diubah boleh jadi tak sedap macam original.

“Saya tunjuk berapa sudu gula, berapa banyak minyak, saya nak bagi realiti inilah cara sebenar makanan disediakan di luar sana. Kalau anda semua tak biasa masak dan beli kedai makan, anda rasa tak bersalah sangat. Tapi bila tunjuk (cara masakan), orang cakap banyaknya minyak. Sebenarnya sama saja masakan di kedai makan.

“Cuma kita tak sedar sebab tak masak benda tu. Sekarang bila saya tunjuk, anda tahu penyediaannya, inilah kalau aku beli di kedai. Jadi anda boleh buat pilihan. Kalau saya ubah resipi jadi tak sedap, orang tak nak cuba tak sedap, dia maki saya balik,” katanya.

Semalam Kosmo! melaporkan, Pakar Perubatan, Dr. Rafidah Abdullah menerusi ciapan di Twitter menegur supaya Khairul Aming menyediakan resipi sihat kepada orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI