fbpx

Amaran ribut petir di 8 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan melibatkan beberapa kawasan di lapan negeri sehingga pukul 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam hantaran pada Facebook memaklumkan, negeri-negeri tersebut melibatkan Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

“Kawasan-kawasan tersebut melibatkan Perak (Hulu Perak), Kelantan (Jeli dan Tanah Merah), Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman), Pahang (Bentong), Selangor (Hulu Selangor dan Gombak) serta Negeri Sembilan (Jelebu).

“Sarawak pula melibatkan Limbang (Lawas), manakala Sabah iaitu Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Tawau (Tawau dan Lahad Datu),” kata hantaran tersebut.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI