fbpx

Pemandu kren maut motosikal rempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal Kawazaki Z800 dan Perodua Myvi yang terlibat kemalangan di Taman Sejati Indah, Sungai Petani pada semalam.

SUNGAI PETANI – Seorang pemandu kren maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya merempuh sebuah kereta di Taman Sejati Indah di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 petang itu, mangsa, G. Ganthan, 39, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan dalaman pada kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, semasa kejadian motosikal jenis Kawasaki Z800 ditunggang mangsa dan kereta Perodua Myvi bergerak dari arah sama iaitu dari kawasan kilang di Bakar Arang ke Taman Seri Wang.

Katanya, kereta tersebut dipandu pesara tentera berusia 74 tahun dan isterinya berusia 69 tahun.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa cuba memotong kenderaan di hadapannya dan pada masa sama sebuah kereta Perodua Myvi dalam proses membelok ke kanan.

“Kejadian menyebabkan mangsa merempuh bahagian sisi kanan kereta berkenaan sebelum tercampak ke jalan dan maut di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI