fbpx

FAM tunggu jawapan FIFA isu Sumareh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUMAREH dijatuhkan hukuman penggantungan selama dua tahun oleh PBNP daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak.

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan, pihaknya menerima surat keputusan daripada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) yang telah menghukum pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh dengan penggantungan selama dua tahun.

Sumareh yang kini beraksi bersama Police Tero FC di Liga Thailand, didapati bersalah terhadap empat kesalahan dan dikenakan hukuman gantung dua tahun oleh PBNP bagi setiap kesalahan tersebut daripada sebarang aktiviti bola sepak.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mengesahkan, pihaknya tetap akan menunggu keputusan di peringkat Majlis Penyelesaian Pertikaian (DRC) Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebelum membuat sebarang tindakan lanjut.

“Seperti yang telah ditegaskan oleh FAM sebelum ini, pertikaian di antara PBNP dan Sumareh kini dalam siasatan FIFA. Lantaran itu, FAM perlu menghormati proses perundangan badan induk dunia terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan lanjut.

“Justeru, untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan, FAM tidak akan memberi sebarang ulasan berhubung perkara ini sehingga FIFA membuat keputusan di peringkat DRC FIFA,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai rekod, pemain kelahiran Gambia itu sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas menamatkan kontraknya bersama Pahang atas alasan peribadi pada Ogos lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI