fbpx

Lelaki maut jatuh longkang gara-gara mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa maut setelah terjatuh dalam longkang sedalam tiga meter, di Pandan Perdana, semalam. -Foto JBPM.

PETALING JAYA – Seorang lelaki maut setelah terjatuh dalam sebuah longkang dengan kedalaman tiga meter di Pandan Perdana, semalam.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata pihaknya menerima panggilan sekitar pukul 9.37 malam sebelum menggerakkan enam anggota ke lokasi kejadian.

“Setibanya di sana, seorang lelaki berumur 40-an didapati terjatuh ke dalam longkang sedalam tiga meter.

“Pada awal kejadian, mangsa dipercayai mabuk dan terlibat dalam kemalangan.

“Mangsa kemudiannya keluar sendiri daripada kereta sebelum terjatuh dalam longkang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pihak Bomba berjaya membawa naik mangsa dalam masa tiga minit dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI