fbpx

Kejuaraan Verstappen penuh dramatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN mendominasi perlumbaan meskipun saingan terpaksa dihentikan beberapa kali sebelum pemandu Red Bull itu meraih kemenangan pada GP Australia di Litar Albert Park semalam. – AFP

MELBOURNE, Australia –Max Verstappen dilihat sukar digugat apabila menjuarai Grand Prix (GP) Australia meskipun perlumbaan Formula Satu (F1) dicemari insiden kemalangan hingga menyebabkan perlumbaan tersebut dihentikan sebanyak dua kali pada penghujung saingan.

Pada awal perlumbaan, dua pemandu Mercedes, Lewis Ha­milton dan George Russell tampil agresif apabila menduduki kedudukan 1-2, namun ia tidak bertahan lama apabila Verstappen berjaya memintas Hamilton semula di selekoh 9 pada pusingan ke-13.

Verstappen terus mendominasi perlumbaan itu dan meninggalkan Hamilton jauh di belakang. Ketika Verstappen hampir untuk menjulang kemenangan keduanya musim ini, perlumbaan tersebut terpaksa dihentikan apabila Kevin Magnussen (Haas) terbabas dan lebih mendebarkan perlumbaan diteruskan ketika perlumbaan berbaki dua pusingan untuk ditamatkan.

Sejurus perlumbaan bersambung semula, perlumbaan tersebut dihentikan sekali lagi apabila berlaku beberapa pelanggaran melibatkan Fernando Alonso dan Carlos Sainz (Ferrari) serta juga dua pemandu Alpines.

Akhirnya Verstappen mengesahkan kemenangannya pada GP Australia sejurus perlumbaan disambung semula. Hamilton yang dilihat bersedia menjadi pencabar sebaik perlumbaan diteruskan akur di tempat kedua.

Pemandu veteran dari Aston Martin, Alonso sekali lagi mencuri tum­puan apabila menamatkan saingan tempat ketiga dan merupakan podium tempat ketiga berturut-turut buatnya musim ini.

Sementara itu, Sainz yang menamatkan tempat keempat turun ke tangga ke-12 dilihat tidak berpuas hati selepas dikenakan pe­nalti lima saat apabila dikesan terlibat dalam insiden pelanggaran dengan Alonso.

“Mereka tidak boleh melakukan perkara tersebut, ia tidak boleh diterima. Beritahu mereka ia tidak boleh diterima,” kata Sainz. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI