fbpx

‘Jom masak bubur lambuk’ sedia 300,000 bekas bubur, satukan komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program Gerak Rahmah 2023, Jom masak bubur lambuk yang disertai lebih 3,000 KRT di seluruh negara.

PETALING JAYA – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang telah merasmikan Program Gerak Rahmah 2023, Jom masak bubur lambuk yang dianjurkan serentak seluruh negara di Dewan Serbaguna di kawasan rukun tetangga (KRT) Semariang Batu, Kuching, Sarawak.

Program yang merupakan anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Kementerian Perpaduan Negara (KPN) itu menurutnya sebagai inisiatif untuk mempergiat aktiviti kemasyarakatan serta kesukarelawanan dalam komuniti.

“Ia antara misi dalam mendukung aspirasi kerajaan untuk membangunkan Komuniti Rahmah yang merupakan aktiviti gotong-royong memasak dan mengagihkan bubur lambuk melibatkan penyertaan lebih 3,000 KRT atau 40 peratus daripada keseluruhan KRT di seluruh negara.

“Kementerian sasarkan sebanyak 300,000 bekas bubur lambuk melibatkan hampir 60,000 petugas sukarela yang terdiri daripada ahli KRT, wakil daripada agensi kerajaan Persekutuan dan negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), rakan strategik perpaduan, pemimpin masyarakat dan pertubuhan agama pelbagai kaum,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut beliau, program ini turut disertai komuniti pelbagai kaum dan agama serta kerjasama pelbagai pihak serta agensi.

“Ia menggambarkan bagaimana masyarakat Malaysia hidup saling menghormati, bertoleransi serta bekerjasama. Besar harapan saya melihat pelbagai lapisan masyarakat bersama pemimpin komuniti saling bekerjasama.

“Ia melambangkan keharmonian hidup dalam komuniti dan usaha ini wajar diteruskan agar ikatan perpaduan dapat terus dipertingkatkan pada masa hadapan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI