fbpx

Charles De Gaulle kini lapangan terbang terbesar Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANDANGAN dari udara pada 27 Mac lalu menunjukkan Lapangan Terbang Antarabangsa Charles De Gaulle di Paris. - AFP

LONDON – Lapangan Terbang Heathrow London menyatakan hari ini bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Charles De Gaulle di Paris mengatasinya untuk menjadi lapangan terbang terbesar Eropah dari aspek bilangan penumpang dan menyalahkan penangguhan ujian Covid-19 serta sekatan perjalanan sebagai punca perkara itu berlaku.

“Untuk kali pertama, Paris Charles De Gaulle telah mengatasi Heathrow sebagai lapangan terbang terbesar di Eropah diikuti oleh Amsterdam Schiphol dan Frankfurt,” kata Heathrow dalam kemas kini perdagangannya.

Ketiga-tiga pesaing di benua tersebut telah melaksanakan sistem ujian koronavirus. Kerajaan Britain sebelum ini mengumumkan rancangan memperkenalkan ujian saringan kepada penumpang dari negara-negara berisiko tinggi menjelang 1 Disember ini bagi membantu memulihkan ekonomi Britain.

Heathrow juga menurunkan unjurannya untuk tempoh dua tahun akan datang berikutan gelombang kedua Covid-19 dan sekatan perjalanan yang berterusan.

Lapangan terbang terletak di barat London itu menambah bahawa ia dijangka membawa 22.6 juta penumpang tahun ini dan 37.1 juta penumpang pada 2021.

Ia berkurang berbanding unjuran sebelum ini iaitu 29.2 juta penumpang pada 2020 dan 62.8 juta dalam tahun 2021.

“Penurunan itu disebabkan gelombang kedua Covid-19 dan kelewatan kerajaan Britain memperkenalkan saringan bagi membuka semula sempadan Britain dengan negara-negara berisiko tinggi,” tambah Heathrow.

Heathrow yang merupakan lapangan terbang terbesar di Britain, dimiliki sebuah konsortium diterajui oleh syarikat Sepanyol, Ferrovial dan merangkumi dana kekayaan negara dari China, Singapura dan Qatar. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI