fbpx

Nasib baik tidak menjadi lauk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACK GREALISH menjaringkan gol keempat City ketika menewaskan Liverpool 4-1 pada aksi EPL di Stadium Etihad kelmarin.

MANCHESTER – “KAMI amat bernasib baik sebab mereka (Manchester City) tidak berada dalam keadaan tamak. Selain itu, tiada perkara yang baik untuk diperkatakan tentang perlawanan di Stadium Etihad,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengenai kekalahan 4-1 The Reds kepada The Citizens kelmarin.

Klopp mendedahkan, prestasi buruk Liverpool sememangnya berlaku, namun ia begitu kerap pada musim ini dan perlawanan menentang
City telah mencerminkan segala-galanya betapa berat masalah skuad The Reds.

“Dibolosi dua gol pantas telah memusnahkan segala-galanya. Jaringan itu, bagaimana kami boleh membiarkannya, sukar untuk diterima
bahkan kami tidak cuba bersungguh-sungguh menghalangnya. Ia benar-benar tidak boleh diterima, secara jujurnya,” kata Klopp.

Liverpool tidak berjaya menang sebarang trofi musim ini dan berdepan cabaran sukar untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat
teratas liga dengan kini duduk tujuh mata di belakang Tottenham, kelebihan satu aksi dalam tangan.

Klopp percaya skuad kendaliannya bernasib baik apabila ‘sekadar’ tewas 1-4 kepada Manchester City di Stadium Etihad.

Kekalahan itu menyaksikan peluang The Reds untuk berada dalam kelompok empat teratas semakin mencabar apabila jatuh ke kedudukan kelapan, sekali gus mungkin terlepas slot ke Liga Juara-Juara musim depan.

Klopp berkata, pemain-pemainnya menampilkan aksi cukup baik di separuh masa pertama, namun gol awal City pada separuh masa kedua nya­ta membunuh semangat juang pemain-pemain Liverpool.

“Semua orang boleh tengok kami bermain sangat baik di separuh masa pertama. Memang benar City menguasai permainan tetapi kami juga menampilkan aksi cukup baik selain berpeluang jaringkan gol kedua menerusi serangan balas pantas.

“Secara jujur, saya boleh katakan kami cukup bertuah kerana mereka tidak jaringkan lebih daripada empat gol. Saya fikir semua pemain dalam skuad perlu berada pada pres­tasi terbaik untuk dapatkan sesuatu di sini,” katanya.

Pada perlawanan itu, Liverpool terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Moha­med Salah sebelum City bangkit dengan menjaringkan empat gol sumbangan Julian Alvarez, Kevin De Bruyne, Ilkay Gundogan dan Jack Grealish.

“Tidak ada apa-apa yang bagus dan positif boleh diambil daripada perlawanan hari ini (kelmarin). Saya tidak tahu untuk huraikan apa yang berlaku kerana kami gagal untuk bersaing di posisi penting,” ujar Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI