fbpx

Luahan Pembaca: T20 pun berhak ke MRSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar dalam kalangan keluarga T20 juga mempunyai hak untuk ke MRSM hasil kerjasama Mara dan swasta bagi mengelakkan golongan B40 dan M40 terjejas. – Gambar hiasan

Cadangan untuk mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kerjasama Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan swasta perlu diambil perhatian khusus kerana ia merupakan usul bernas dalam membina masyarakat cemerlang.

Namun, ada pihak membantah dan mengambil kesempatan dengan mengheret minda rakyat kononnya kerajaan cuba mengaut keuntungan dan lari daripada objektif penubuhan MRSM dengan mengabaikan golongan bawahan.

Ada ahli politik menjalankan propaganda kononnya ketidaksempurnaan inisiatif kewangan swasta (PFI) dalam projek kerajaan sebelum ini. Kenapa terlalu kolot dengan mempunyai mentaliti ‘dahulu kita gagal maka akan datang juga kita akan gagal.’

Dengan adanya institusi baharu tersebut, lambakan anak cemerlang B40 dan M40 tidak perlu bersaing dengan pelajar T20 yang lebih bernasib baik daripada segi kewangan dan perbelanjaan.

Untuk tujuan integrasi sosial, MRSM baharu itu boleh mengambil minimum 10 peratus anak B40 dan M40 dengan menyediakan biasiswa penuh tajaan korporat sebagai tanggungjawab sosial.

Adalah tidak adil anak T20 yang cemerlang untuk ke MRSM atau sekolah berasrama penuh kerana mereka juga mempunyai hak. Tidak mustahil mereka

Khaleef Imran
Johor Bahru

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI