fbpx

Perut Bang Karim jadi buruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noreen Natasya Abdul Rahim menunjukkan perut lilit bakar di Bazar Ramadan Bintong, Kangar, baru-baru ini.

KANGAR – Perut lilit bakar Bang Karim bukan nama a­sing bagi penggemar makanan eksotik itu setiap kali tiba bulan Ramadan.

Abdul Karim Mohamad, 53, dia isterinya, Norashima Abdul Hamid, 49, mengusahakan perniagaan berasaskan usus lembu itu sejak 25 tahun lalu dan hanya menjualnya pada bulan puasa.

Menurutnya, makanan itu mempunyai penggemar tersendiri kerana mereka tahu dia hanya menggunakan usus lembu tempatan bagi menjamin kualitinya.

“Perut lilit bakar ini disapu dengan sos percik resepi sendiri dan dihidangkan bersama sambal belacan atau sambal kerisik,” katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan Bintong di sini baru-baru ini.

Jelasnya, juadah itu mempunyai rasa unik iaitu lemak manis, berjus dengan tekstur sederhana liat serta lebih sedap berbanding daging bakar.

“Usus lembu yang kami bakar diambil daripada bahagian ‘perut muda’.

“Kami menggunakan 15 hingga 20 kilogram (kg) usus lembu sehari selain turut menjual gulai kawah daging batang pisang bagi meme­nuhi permintaan penduduk di daerah ini”, ujarnya.

Tambahnya, proses untuk menghasilkan juadah tersebut agak rumit kerana usus lembu perlu dicuci dengan betul menyebabkan tidak ramai lagi peniaga menjual makanan itu berbanding suatu ketika dahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI