fbpx

Peniaga bancuh air balang guna air paip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gambar tersebut yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Tindakan seorang peniaga menambah air balang di gerainya menggunakan air paip mendapat kecaman orang ramai.

Perbuatan peniaga itu turut berjaya dirakam oleh orang awam sebelum tular di media sosial.

Berdasarkan gambar tular itu, peniaga tersebut dilihat mengambil air dari paip yang terletak tidak jauh dari gerainya.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan bila dan di manakah gambar tersebut diambil.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan peniaga itu.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman pernah melihat sendiri peniaga lain melakukan perkara semasa kepada minuman yang dijual di gerai mereka.

“Dah terkena hari itu dekat bazar. Beli air soya, bila berbuka dapat air soya perisa klorin. Terus buang. Dahlah RM4 sebungkus,” kata Miera.

“Selalu juga tengok orang pasar malam ambil air depan klinik atau pasar mini. Harap-harap mereka dah bayar dan minta izin,” kata Bad.

“Pernah nampak depan mata tapi lupa dah bazar mana,” kongsi Zizul.

“Sebab itulah tak terliur langsung dengan air balang,” kata Han. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI