fbpx

Misteri bangkai makhluk asing hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk menemui bangkai makhluk asing itu di tepi longkang. - Jam Press

LA PAZ, Bolivia – Bangkai satu makhluk asing yang ditemui penduduk di sebuah bandar kecil di Bolivia hilang secara misteri, lapor akhbar Daily Star.

Kejadian pelik itu berlaku di pekan Huarina, wilayah La Paz baru-baru ini.

Hanya sedikit maklumat diketahui tentang Huarina dan berdasarkan bancian terakhir pada 2001, lokasi tersebut mempunyai seramai 1,300 penduduk.

Bagaimanapun, Huarina kembali mendapat perhatian susulan khabar angin mengenai penemuan objek tidak dikenali (UFO) dan makhluk asing yang sudah mati.

Penduduk tempatan merakam gambar bangkai makhluk asing itu di dalam longkang sebelum ia dilaporkan hilang secara misteri awal bulan ini.

Dua malam sebelum bangkai makhluk asing itu ditemui, penduduk melihat cahaya terang berwarna hijau di ruang udara pada waktu malam yang dipercayai kapal angkasa makhluk asing.

Penduduk pekan itu mendakwa bahawa mereka kemudian menyaksikan banyak figura berlari di sekitar jalan yang gelap. Mahkluk asing itu dikatakan sangat kecil, seakan-akan bunian.

“Ia adalah makhluk kecil, seperti orang kecil yang menyerupai kanak-kanak,” kata penduduk setempat bernama Rita Marquez.

Seorang pakar UFO, Juan Carlos Aliaga berkata: “Mereka menghantar gambar itu kepada saya. Makhluk ini meringkuk.

“Tiada cara untuk menyiasat makhluk ini secara terperinci, tetapi jika makhluk ini mati, mungkin sebuah tanah perkuburan akan ditemui,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI