fbpx

Kementerian Pertahanan capai KPI 100 hari baik pulih rumah veteran ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adly (tengah) melawat veteran ATM, Masrizal yang terlantar kerana menghidap SLE di Hutan Kampung, Alor Setar hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

ALOR SETAR – Kementerian Pertahanan menerusi program Inisiatif Perumahan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meluluskan sebanyak 121 permohonan baik pulih rumah veterannya sehingga Mac lalu.

Menurut Timbalan Menterinya, Adly Zahari, sebanyak 170 rumah disasarkan untuk dibaik pulih dan 40 rumah lagi untuk dibina baharu sepanjang tahun ini untuk golongan berkenaan.

“Ia melebihi petunjuk prestasi utama (KPI) 100 hari kementerian yang menyasarkan 100 permohonan.

“Daripada segi program perumahan ini, kita berusaha untuk pastikan dalam tempoh ini kita sediakan projek perumahan melibatkan bina rumah baharu dan baik pulih rumah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi veteran ATM, Masrizal Ishak, 42, di Kampung Masjid Hujung, Hutan Kampung di sini yang terlantar akibat penyakit systemic lupus erythematosus  (SLE).

Terdahulu di bawah Program Peduli Veteran (PPV) itu,  beliau turut menziarahi dua veteran ATM lain, Azizan Hashim,  71, yang terlantar akibat penyakit saraf dan Ku Issamuddin Ku Saad, 65, yang menghidap strok.

Kata beliau, melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM itu, kementerian turut menyalurkan bantuan sara hidup (BSH) kepada golongan berkenaan sebanyak RM300 sebulan dalam usaha meringankan beban mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI