fbpx

Pemandu lori pindah 62 kambing tanpa permit didenda RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abli (tengah) keluar dari kamar mahkamah selepas didenda RM10,000 kerana memindahkan 62 ekor kambing tanpa kebenaran JPV di Mahkamah Majistret Setiu hari ini.

SETIU – Gara-gara memindahkan 62 ekor kambing tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) pada lima bulan lalu, seorang pemandu lori didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Ainis Abu Hassan Ashaari menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Abli Abdullah, 46, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Beliau juga memerintahkan hukuman tambahan penjara 20 bulan sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, Abli didakwa memindahkan 62 ekor kambing bernilai RM28,470 tanpa kebenaran bertulis yang sah daripada Pengarah JPV Terengganu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di tepi Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu berhampiran Chalok, Setiu pada pukul 11.15 malam, 13 Oktober 2022.

Dia didakwa mengikut Perenggan i(b) Perintah Menteri Besar bagi Kawalan Penyakit Kuku dan Mulut dan Hawar Berdarah Negeri Terengganu di bawah Subseksyen 36(1) Akta Binatang 1953.

Abli boleh didenda makmimum RM15,000 di bawah Subseksyen 36(7) akta sama jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI