fbpx

Umrah kedua Daiyan Trisha pada bulan Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAIYAN yang sudah pun berada di Madinah berniat untuk melakukan ibadah umrah pada setiap Ramadan.

PETALING JAYA – Pelakon jelita Daiyan Trisha teruja apabila sekali lagi dijemput menjadi tetamu Allah SWT ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah selepas kali pertama berpeluang melakukannya pada tahun lalu.

Lebih manis, ini merupakan kali kedua pelakon berusia 30 tahun itu yang kini telah pun berada di Madinah menunaikan umrah pada bulan Ramadan.

“Assalamualaikum semua. Saya sekarang sudah pun berada di Madinah, kota yang paling indah. Selari dengan niat untuk menunaikan umrah pada setiap Ramadan.

“Syukur alhamdulillah tahun ini saya dijemput sekali lagi untuk berada di sini (Tanah Suci) buat kali kedua,” kongsinya dalam Instagram.

Ujar pelakon siri Projek: Anchor SPM itu lagi, dia turut memohon doa dan keampunan daripada kenalan yang mengenali dirinya atas segala kesalahan serta kesilapan pernah dilakukan serta turut memohon doa agar perjalanan dia serta jemaah lain dipermudahkan.

“Saya mohon doa dan keampunan daripada semua atas salah dan silap saya. Doakan perjalanan pergi dan balik saya serta semua jemaah lain. Semoga kami dikurniakan umrah yang mabrur,” kata Daiyan.

Pada masa sama, Daiyan turut menyatakan rasa tidak sabar untuk bertemu dengan ‘cinta hatinya’ dalam beberapa hari lagi, dipercayai merujuk kepada Kaabah apabila dia turut meninggalkan emoji pusat tumpuan kiblat bagi umat Islam itu.

Meninjau dalam ruangan komen, pemergian pelakon juga penyanyi itu menunaikan umrah turut mendapat iringan doa daripada ramai rakan-rakan artis yang berharap agar ibadahnya dipermudahkan.

“Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan segala urusan,” ujar penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz.

“Semoga dipermudahkan segala urusan. Selamat menunaikan ibadah umrah,” kata pelakon Eyka Farhana.

“Untungnya. Selamat menunaikan ibadah umrah,” ucap pelakon Raysha Rizrose.

Pada April tahun lalu, Daiyan berkongsi rasa syukur apabila memberitahu akhirnya Allah SWT telah membuka pintu hati dan menerima dirinya sebagai tetamu untuk menunaikan ibadah umrah.

“Ya Allah Ya Tuhanku, terima kasih kerana menerimaku sebagai tetamu-Mu dalam bulan yang mulia ini.

“Terima kasih kerana menjemput pada waktu saya sangat-sangat memerlukan-Mu. Rasa macam saya dah lama tunggu momen ini untuk hadir sebagaimana saya rasa macam Engkau (Allah) menunggu diriku,” katanya.

Pernah hilang rasa untuk melancong biarpun pintu sempadan telah dibuka selepas pandemik, Daiyan mengakui Tanah Suci Mekah membuka pintu hatinya untuk kembali ‘terbang’ ke luar negara seperti yang sering dilakukan sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI