fbpx

Bengkel Lompat Tali anjuran Yakult meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 100 orang peserta telah menyertai bengkel lompat tali yang berlangsung di Spacerubix, Puchong semalam.

PETALING JAYA – Pengeluar minuman probiotik, Yakult Malaysia menganjurkan Bengkel Lompat Tali dengan kerjasama Persatuan Lompat Tali Malaysia sempena Hari Kesihatan Sedunia yang disambut pada 7 April setiap tahun.

Program ini telah dilangsungkan di Spacerubix, Puchong semalam dan akan ke utara tanah air di lokasi The Top, Pulau Pinang pada 8 April 2023 bertujuaan untuk meningkatkan kesedaran kepentingan bersukan.

Pengarah Bersekutu Yakult Malaysia, Mazlyn Mena berkata, program Bengkel Lompat Tali ini adalah selaras dengan falsafah korporat Yakult iaitu Perubatan Pencegahan di mana pencegahan lebih baik dari merawat.

“Bengkel Lompat Tali ini merupakan program yang julung kalinya diadakan bersama Persatuan Lompat Tali Malaysia dengan tujuan utama untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia berkaitan penjagaan kesihatan melalui sukan lompat tali ini.

Ianya juga selaras dengan misi Yakult untuk menyokong segala program dan aktiviti yang dapat membina kesihatan tubuh badan yang baik melalui penjagaan usus.

“Hampir 80% sistem imun badan berpusat di usus. Di bulan Ramadan ini, kita juga boleh melakukan senaman ringan seperti lompat tali yang banyak memberikan faedah kepada kesihatan badan kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada acara yang berlangsung semalam, seramai 100 orang peserta telah menyertai bengkel ini serta cabaran lompat tali yang dibahagiakan kepada beberapa kategori yang berbeza dengan pemenang telah mendapat hadiah istimewa dari pihak Yakult dan Persatuan Lompat Tali Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI