fbpx

Baru kehilangan suami, rumah pula terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah Ispahani Ismail dan Nik Rohana di Kampung Delek Kanan, Klang, musnah sepenuhnya pagi tadi- MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KLANG – Baru sahaja kehilangan suami kira-kira dua bulan lalu, seorang ibu tunggal terpaksa menempuhi satu lagi ujian berat apabila rumah yang didiaminya bersama lima orang anak di Kampung Delek Kanan di sini terbakar pagi tadi.

Ispahani Ismail, 41, berkata, suaminya, Mohd. Rifaie Mohd. Nafiah, meninggal dunia Februari lalu dan ketika kejadian dia berada di dalam bilik kira-kira pukul 10 pagi.

“Tiba-tiba, anak sulung, Asyfa Nurin Eirdeena Mohd. Rifaie, 12, meluru masuk ke dalam bilik dan menjerit memberitahu berlakunya kebakaran di hadapan rumah.

“Saya terus ke bilik anak kedua, Ahmad Fatah Najwan, 10, yang ketika itu sedang tidur sebelum kami keluar melalui pintu belakang. Saya hanya sempat bawa telefon bimbit, sejumlah wang dan beberapa barang anak.

“Sedih tidak dapat selamatkan baju raya anak-anak yang disumbangkan orang ramai. Mungkin tahun ini saya tak dapat pulang ke kampung di Maran, Pahang untuk berhari raya kerana kereta turut terbakar,” katanya ketika ditemui di sebuah inap desa di Kampung Delek hari ini.

Sementara itu, ibu mentua Ispahani, Nik Rohana Nik Lah, 62, berkata rumahnya yang terletak bersebelahan turut terbakar dan ketika kejadian dia bersama tiga cucu berada di surau berdekatan.

“Apabila nampak kepulan asap di rumah, saya terus balik ke rumah dan dapati rumah sudah terbakar. Saya tidak dapat selamatkan apa-apa tapi syukur kerana menantu dan cucu tidak apa-apa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI