fbpx

Remy Ishak suami yang ‘teruk’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REMY membuat pengakuan ‘comel’ kononnya dia seorang suami yang teruk hanya kerana tidak menunaikan permintaan isteri yang sedang mengidam.

SEMENTARA tunggu waktu berbuka puasa, Diva sempat berbual-bual dengan seorang kenalan di restoran.

Tiba-tiba kawan Diva itu membebel sambil berkata, teruknya pelakon Remy Ishak sebagai seorang suami. Diva jadi terkejutlah sebab tidak tahu kisahnya.

Rupa-rupanya kawan Diva ternampak perkongsian dalam InstaStory pelakon itu sendiri yang mengakui dirinya seorang suami yang teruk gara-gara tidak dapat memenuhi keinginan isterinya.

Seperti yang semua sedia maklum, isteri Remy iaitu Ezza Yusof kini sedang hamil. Biasalah ibu mengandung mengidam nak makan itu ini. Ezza pula teringin nak makan buah ciku.

Tapi disebabkan kesibukan kerja, Remy tidak sempat untuk cari buah ciku yang memang susah nak jumpa di mana-mana.

“Saya husband (suami) yang teruk. Wife (isteri) mengidam nak makan ciku pun tak sempat cari,” tulisnya.

Tapi nasib baik ada seorang kenalan mereka bernama kak Dila jadi penyelamat, import buah ciku dari Kedah untuk Ezza.

Walaupun tidak sempat nak carikan sendiri buah ciku itu, tapi sekurang-kurangnya Remy berusaha juga untuk tunaikan permintaan isterinya. Semoga dipermudahkan segala urusan hamil dan bersalin kelak.

DIVA: Setiap kali Ramadan, ada sahaja idea ‘marketing’ merepek daripada Datuk Alif Syukri. Ingatkan dah insaf.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI