fbpx

Bekas isteri minta digendong 100 kilometer syarat rujuk semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu menggendong bekas isterinya pada hari perkahwinan mereka. - eva.vn

BEIJING – Sebuah klip video tular di media sosial China memaparkan seorang lelaki berjalan sambil menggendong seorang wanita di sebatang jalan, lapor portal berita Wolipop.

Lelaki berbaju hitam itu kelihatan bertongkat. Dia menggendong seorang wanita yang memakai baju pengantin bewarna putih dan tiara di kepalanya.

Pasangan itu merupakan bekas suami isteri. Mereka sebelum ini memilih untuk bercerai akibat konflik yang timbul.

Selepas tiga tahun, lelaki itu sedar akan kesalahannya kerana wanita itu sentiasa melayaninya dengan baik. Dia kemudian meminta untuk bersama semula.

Bagaimanapun, wanita itu memberikan syarat kepadanya sebelum mereka boleh berkahwin semula.

Salah satu syarat tersebut adalah pada hari perkahwinan mereka, lelaki itu perlu membawa wanita tersebut pulang rumah ibu bapanya yang terletak sejauh 100 kilometer (km).

Ketika kejadian, lelaki yang dilihat keletihan itu terpaksa mengikat bekas isterinya menggunakan tali merah supaya tidak terjatuh. 

Menurut wanita itu, tujuan dia membuat permintaan tersebut adalah supaya bekas suaminya sentiasa mengingati dan menghargai perkahwinan mereka. 

Lelaki itu bernasib baik kerana apabila dia baru berjalan kira-kira 10 km, wanita itu meminta dia berhenti dan memaafkannya.

Selepas itu, pasangan tersebut pulang ke rumah wanita itu dan melangsungkan perkahwinan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI