fbpx

53 unit bubu naga bernilai RM6,860 dirampas APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APMM Zon Kuala Kurau menyita bubu naga yang ditemui di kawasan Pulau Sangga Besar petang semalam.

PARIT BUNTAR – Sebanyak 53 unit bubu naga dirampas Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Zon Kuala Kurau pada kedudukan 7.4 batu nautika barat Pulau Sangga Besar kira-kira pukul 2.10 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, ketika pasukannya menjalankan rondaan rutin di perairan Kerian dan Larut Matang, pihaknya telah mengesan pelampung yang mencurigakan di kawasan tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati ia merupakan penanda kepada bubu naga dan anggota peronda telah menemui sebanyak 53 unit bubu naga. Kesemua bubu naga itu dirampas dan dibawa balik ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Najhan, anggaran jumlah nilai rampasan kesemua bubu naga itu RM6,860 dengan nilai RM70 setiap unit dan kes disiasat di bawah Seksyen 11 (3)(c) Akta Perikanan 1985. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI