fbpx

Puteri Sarah risau jadi psiko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI SARAH tiba-tiba meluahkan kerisauan terbawa-bawa watak psiko pulang ke rumah.

PELAKON terbawa-bawa watak lakonan mereka ke dunia realiti bukan satu hal baru dalam industri seni.

Paling teruk ada yang perlu terima nasihat pakar untuk ‘bebas’ daripada emosi karakter dijayakan mereka.

Semua itu terlintas dalam fikiran Diva apabila terbaca kerisauan Puteri Sarah Liyana mengenai watak perempuan psiko yang dijayakan untuk sebuah drama.

“Karakter Munirah adalah seorang wanita psiko!

“Harapnya tak terbawa dalam kehidupan sebenar Puteri Sarah,” katanya dalam satu perkongsian InstaStory.

Risau juga kalau Puteri Sarah jadi psiko sebab watak. Harapnya boleh kawal emosilah ya.

Difahamkan watak Munirah itu untuk sebuah drama berjudul Hijrah Jannah lakonannya dengan Remy Ishak dan Daniella Sya. Khabarnya Puteri Sarah menjadi isteri kedua Remy, mesti meletup punyalah drama itu nanti!

DIVA: Menyampah dengan penyanyi baharu wanita menumpang populariti seorang pelakon lelaki baharu yang sedang popular. Budak baharu sangat!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI