fbpx

Ustaz Wadi mohon tunda tarikh siasatan, nafi berceramah tanpa tauliah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Wadi Annuar

PETALING JAYA – Penceramah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub tampil menjelaskan situasi sebenar mengenai dakwaan beliau menyampaikan ceramah di Perlis tanpa tauliah sehingga dipanggil Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) untuk memberi keterangan.

Terbaharu, Ustaz Wadi Annuar menerusi satu kenyaataan rasmi di Facebooknya memaklumkan acara yang dihadirinya di Kampung Abi Padang Machang, Perlis pada Khamis lalu bukanlah majlis pengajian agama, sebaliknya acara santai bersama masyarakat setempat sahaja.

“Pada 30 Mac 2023 pukul lebih kurang 9.45 malam, saya Ustaz Mohamad Wadi Annuar menghadiri program Solat Terawih dan Sembang Santai Bersama Ustaz Wadi Annuar di Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Kangar, Kampung Abi Padang Machang, Kangar Perlis.

“Saya dimaklumkan oleh pihak penganjur bahawa program ini bukan majlis pengajian agama dan ia hanya program sembang santai bersama masyarakat setempat melibatkan beberapa soalan berkaitan perkembangan berkaitan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kelolaan saya, keadaan terkini ibadah umat Islam di Mekah dan Madinah dan beberapa kupasan isu semasa.

“Maka saya menerima jemputan yang diadakan di premis persendirian tersebut serta tidak memerlukan tauliah agama negeri,” katanya.

Dalam kenyataan itu juga, Ustaz Wadi Annuar berkata, beliau tidak pernah dipelawa permohonan tauliah melalui perjumpaan dengan Exco Agama Islam Negeri Perlis seperti yang dinyatakan dalam sebahagian laporan akhbar dan saya belum pernah mengadakan perjumpaan bersama JAIPs seperti didakwa.

“Pada 29 Mac 2023, saya menerima surat perintah hadir siasatan oleh JAIPs bertarikh 7 April 2023. Disebabkan kekangan masa dan jadual program padat, saya sendiri memohon untuk mengubah tarikh hadir siasatan pada 17 April 2023 dan diterima pihak berkenaan.

“Saya juga menjunjung perintah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan tidak pernah mempersendakan peraturan yang dititahkan oleh baginda,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI