fbpx

‘Port’ dadah diserbu, 18 penagih termasuk 2 tokan ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 18 penagih termasuk dua tokan dadah di Felda Jelai 4, Gemas, di sini, berjaya ditangkap polis dalam satu serbuan di ‘port’ pondok dadah dalam kebun getah, semalam. - IHSAN POLIS

TAMPIN – Seramai 18 penagih termasuk dua tokan dadah di Felda Jelai 4, Gemas, di sini, berjaya ditangkap polis dalam satu serbuan di pondok dadah dalam kebun getah, semalam.

Difahamkan, kesemua penagih cuba melarikan diri dalam serbuan tersebut, namun gagal susulan sudah dikepung.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab, bertindak atas makumat kira-kira pukul 8 pagi hingga 2 petang, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Tampin telah membuat serbuan di lokasi berkenaan.

“Polis telah menahan 18 lelaki berusia lingkungan 23 tahun hingga 55 tahun. Hasil pemeriksaan telah menjumpai dan merampas enam peket dadah jenis Heroin dengan anggaran berat 301 Gram dan sempat peket plastik mengandungi dadah jenis Syabu dengan anggaran berat 51.25gram.

“Hasil ujian saringan awal polis ke atas kesemua saspek mendapati positif Morphine dan Methamphetamine. Manakala, nilai keseluruhan rampasan dadah dianggarkan mencecah RM10,000,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar Anuwal, susulan serbuan tersebut, polis telah berjaya memutuskan rangkaian bekalan dadah kepada penagih di sekitar kawasan Felda Jelai, Gemas.

Menurutnya, kesemua suspek telah ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) selama empat hingga tujuh hari.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI