fbpx

Bayar zakat di tempat tinggal, menetap lebih afdal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Mana lebih afdal sama ada membayar zakat fitrah di tempat bekerja atau tempat tinggal. Itu antara persoalan dibangkitkan orang ramai berhubung perkara berkenaan.

Ilmuan agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berpendapat, zakat fitrah lebih afdal jika dibayar di tempat tinggal masing-masing.

“Saya lebih cenderung kepada tempat kita tinggal. Contohnya, kita kerja di Kuala Lumpur tetapi kita menetap di Seremban. Bagi zakat fitrah, saya cenderung kita bayar di Seremban kerana itu tempat kita menetap.

“Waktu afdhal bayar zakat serta wajib adalah pada hari akhir Ramadhan selepas terbenamnya matahari. Biasanya, kita sudah bercuti ketika itu. Itulah yang paling afdhal,”’katanya.

Namun, jika ada yang berniat untuk membayar zakat fitrah di kampung halaman, Zulkifli menjelaskan, adalah lebih baik ia dibayar di tempat kita tinggal atau bermukim.

“Niat untuk bayar zakat fitrah di kampung tempat tinggal adalah baik, akan tetapi, lebih baik dibayar di tempat kita tinggal atau bermukim.

“Kita hanya pulang beberapa hari sahaja ke kampung kemudian akan kembali ke rumah kediaman menetap. Justeru, bayar di kawasan tempat tinggal adalah lebih afdhal dan lebih baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI